Pasaran Sunyi Tanpa Data Penting, Ucapan Pembuat Dasar Fed Jadi Tumpuan!

323
  • 3 penggubal dasar Fed akan berucap pada sesi New York
  • USD susut, mata wang utama sedikit meningkat

US dolar memaparkan sedikit penyusutan pada sesi Eropah di tengah-tengah ketiadaan data ekonomi utama untuk merangsang pergerakan agresif pasaran.

Kenyataan terbaru daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sebelum ini telah menimbulkan ketidakpastian pasaran yang menyaksikan turun naik tidak menentu mata wang.

Ini susulan komen beliau mengenai inflasi yang telah mula menurun, tetapi pada masa sama turut memberi amaran untuk menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan jika data menunjukkan inflasi kekal tinggi dan pekerjaan kukuh.

Ucapan selanjutnya daripada pembuat dasar lain akan menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York, yang akan menampilkan Presiden Fed New York John Williams, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic dan Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari.

Beberapa mata wang utama lain pula mempamerkan kenaikan susulan kemerosotan dolar greenback.

Dolar Aussie menyambung peningkatan berikutan keputusan polisi bank pusat Australia pada Selasa yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas di samping menawarkan kenyataan hawkish untuk kenaikan selanjutnya.

Mata wang euro dan pound juga sedikit meningkat tetapi masih berlegar di sekitar paras terendah mingguan berbanding US dolar.

Selain itu, mata wang yen kekal memanfaatkan sokongan daripada kenyataan Menteri Kewangan Jepun mengenai campur tangan yang dilakukannya ke dalam pasaran.

Sementara itu, dolar Kanada mencatat peningkatan walaupun selepas Gabenor Bank of Canada (BOC) Tiff Macklem mengatakan tiada lagi kenaikan kadar faedah jika inflasi terus menurun seperti diramalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat