Pergerakan pasaran pada Selasa semalam dinilai bercampur dengan kebimbangan masih terarah pada isu siling hutang serta data-data ekonomi yang diterbitkan.
US dolar bergerak bercampur dengan pengukuhan dipaparkan di sesi Asia dan Eropah, namun kembali melemah sedikit di sesi New York selepas reaksi pasaran terhadap data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan bercampur.
Justeru, US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhannya dan berundur kembali dari paras ketinggian 2 bulan yang berjaya dicapai.
Data PMI yang diterbitkan untuk Eropah di sesi sebelumnya dilihat turut memaparkan angka yang suram dan memberi kesan penyusutan pada mata wang Euro.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-kuat-menjelang
Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, setelah pergerakan mendatar dipaparkan sepanjang Isnin lalu, harga mula bergerak turun semalam di bawah paras 1.08000.
Pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu juga turut memberi isyarat bearish buat harga.
Seperti yang dijangka, penurunan harga kembali mencecah semula paras terendah minggu lalu iaitu sekitar 1.07600 sebelum harga perlahan di sekitar tersebut sehingga berakhirnya dagangan sesi New York.
Pergerakan perlahan menyambung sesi Asia pagi ini (Rabu), namun corak penurunan harga akan dijangka diteruskan.
Penurunan lebih rendah bakal menuju sasaran seterusnya pada support sekitar 1.07000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Namun jika US dolar lebih ketara melemah selepas ini, perhatikan jika lantunan harga mencapai semula paras 1.08000.
Jika harga tembus lebih tinggi melepasi juga halangan MA50, ini akan memberi petanda awal untuk pertukaran trend.
Kenaikan harga boleh disasarkan menuju zon 1.09000 sebelum diteruskan ke paras sasaran sebelum ini iaitu 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG