Pasaran Wall Street Masih Terluka!

214

Impak daripada kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell terus memberi kesan kepada pasaran saham Amerika Syarikat untuk kekal di bawah tekanan pada Rabu.

Ini dipaparkan pada dagangan bercampur-campur tiga indeks utama di mana Dow Jones Industrial ditutup rendah pada 32,798 dengan susut 0.18%, manakala S&P 500 pula sedikit berubah pada 3,992 dan Nasdaq sedikit meningkat pada 12,215.33.

Pada sesi New York, pelabur telah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang menunjukkan sektor swasta menambah sebanyak 242,000 pekerjaan pada Februari berbanding unjuran kenaikan 200,000.

Laporan pembukaan pekerjaan JOLTs turut mempamerkan bacaan yang melebihi jangkaan, sekali gus menonjolkan kekuatan pasaran buruh.

Pun begitu, laporan itu tidak memberi impak ketara ke atas pasaran memandangkan pelabur sudah bersedia dengan jangkaan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat bulan ini.

Antara saham yang menjadi tumpuan dalam Nasdaq adalah AMD dan NVIDIA yang meningkat kira-kira 3% berikutan jangkaan pelabur bahawa permintaan berkaitan AI akan meningkatkan hasil kedua-dua syarikat itu.

Dow Jones pula bergerak lemah walaupun Apple dan Intel berjaya memperoleh sedikit keuntungan dalam sesi dagangan hari Rabu.

Tumpuan kini terarah kepada data pekerjaan NFP AS bagi melihat sama ada ia bakal menyokong jangkaan bank pusat untuk meneruskan kenaikan kadar faedah.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat