Patut Susah Tangkap, Do Kwon Dapat Layanan VIP Di Banyak Negara!

404

“Nasib baik Montenegro buat keputusan bijak, kalau tak sampai sekarang tak kena tangkap.”

Co-founder Terraform Labs, Do Kwon yang didakwa menipu pasaran kripto dan menyebabkan kehilangan $40 bilion telah maklumkan kepada pegawai di Montenegro bahawa beliau telah menerima layanan VIP selama berbulan-bulan semasa dalam pelarian.

Menurut Menteri Dalam Negeri Filip Adzic semasa temu bual di pejabatnya di ibu kota Podgorica, Do Kwon dan rakan sekutunya tidak sangka mereka ditangkap susulan sudah terbiasa menerima layanan VIP di beberapa negara.

Tambahnya lagi, Kwon dan Han Chang-Joon yang merupakan ketua pegawai kewangan syarikat tersebut telah memasuki Montenegro secara tidak sah dan menghabiskan masa sebelum ini di negara jiran, namun Adzic tidak menyatakan dengan spesifik negara mana mereka berada.

Umum mengetahui bahawa spekulasi berkenaan lokasi Kwon telah berlegar sejak bulan September apabila pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau atas kesalahan melanggar undang-undang pasaran modal.

Setelah sekian lama, Kwon akhirnya ditangkap pada minggu lepas di Montenegro, di mana Adzic menjelaskan bahawa kementerian telah menerima maklumat yang mencadangkan Kwon dan rakannya mungkin lari ke negara itu pula.

Secara konteks, pihak berkuasa Korea Selatan gagal mencari Kwon di Serbia pada bulan lalu, tetapi hari Khamis minggu lepas kedua-duanya ditahan ketika mereka cuba menaiki penerbangan ke Dubai menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Kini, Kwon telah ditahan di Montenegro dan beliau perlu dikuarantin sehingga 3 April untuk mencegah sebarang kemungkinan jangkitan COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat