Patutlah Pasaran Lebih Memilih US Dolar! Sebab Ini Rupanya

823

Matawang US dolar menunjukkan pengukuhan pada hari Isnin yang didorong oleh hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (A.S) yang semakin meningkat dan jangkaan pengumuman rancangan fiskal yang lebih tinggi. Disisi lain turut menyumbang kepada faktor pengukuhan ialah penyusutan matawang Euro ke paras terendah tiga minggu.

Presiden terbaru A.S, Joe Biden yang dijadualkan bakal mengambil alih jawatan pada 20 Januari dengan kawalan yang dipegang parti Demokrat di Kongres telah menjanjikan bantuan rangsangan bernilai trilion dolar berjaya meningkatkan harapan pasaran.

Secara kebiasaanya pakej rangsangan tambahan akan menyebabkan para pelabur mula bimbang dengan kenaikan inflasi dan kesan terhadap US dolar dalam ekonomi yang semakin lemah namun peningkatan hasil bon dalam beberapa minggu telah mengurangkan tekanan terhadap matawang US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.55% kepada paras tukaran 90.565 setakat jam 10.35 p.m.

Disisi lain, matawang euro susut 0.50% berbanding US dolar ke paras tukaran 1.2153. Ia merupakan paras terendah sejak 21 Disember.

Menurut pengkaji pasaran Commerzbank, peningkatan hasil bon A.S telah membuatkan pasaran menumpukan pada inflasi bagi mengambil pendekatan yang lebih komprehensif dalam penilaian dolar.

Matawang AUD susut hampir 1% berbanding US dolar pada paras 0.7686 setakat jam 10.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat