Patutlah THORChain (RUNE) Melonjak Tinggi, Rupanya Sebab Ini!

243

Token natif bagi blockchain bursa desentralisasi (DEX) rentas rantai, THORChain (RUNE) mencatatkan lonjakan lebih 39% sebelum menyentuh paras tertinggi harian, $5.62 semalam dalam tempoh 24 jam sahaja.

Pun begitu, ketika penulisan, aset ini telah susut lebih 13%, didagangkan pada $4.8 tetapi masih bertahan dengan peningkatan harga hampir 19%.

Apa yang mendorong kepada lonjakan RUNE?

  • Aset sintetik – kemunculan THORSynths yang diumumkan empat hari lalu telah diaktifkan di THORChain pada hari ini.
  • THORSynths adalah jaminan cagaran bagi aset di THORChain.
  • Misalnya: Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), atau XRP masih memiliki nilai yang sama walaupun dikategorikan sebagai THORSynths.
  • Macam serupa dengan wrapped token tetapi THORSynths bersandarkan kepada THORChain Liquidity Pools yang mengandungi:
    • 50% aset asal
    • 50% RUNE
  • THORChain Liquidity Pools memastikan harga aset sintetik kekal pada nisbah 1:1 dengan harga aset asal.
  • THORSwap Finance pernah menjelaskan bahawa kelebihan aset sintetik ialah utilitinya yang pelbagai untuk pelabur biasa dan pelabur yang mengambil keuntungan dari perbezaan harga koin kripto dalam platform yang berbeza (arbitrageur).
  • THORSynths menawarkan transaksi pantas dan kos yang lebih rendah berbanding di rangkaian lapisan-1 (layer-1).
  • Setiap transaksi synths mampu meningkatkan jumlah nilai terkunci (TVL) di rangkaian ini.
  • Setiap Synth yang dihasilkan mewakili pemilikan liquidity pool bagi aset natif.
  • Dijangka pada masa akan datang, kehadiran THORChads juga membolehkan pengguna dapatkan yields (hasil) dengan Synths dengan kewujudan vaults dan tawaran utiliti THORFi.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat