Patutlah US Dolar Kukuh! Sebab Ini Rupanya

748

US dolar terus mengukuh untuk hari ketiga berturut-turut pada hari Isnin dengan melonjak ke paras tertinggi dalam empat minggu berikutan pasaran lebih mengelak untuk melabur dalam matawang berisiko.

Menjelang pertabalan Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat (A.S) pada hari Rabu dan penutupan pasaran, pemain pasaran lebih mengambil sikap berhati-hati bagi memerhatikan pendirian pentadbiran baru terhadap US dolar.

Sebelum ini Trump telah menolak pandangan pendirian pengukuhan US dolar selama bertahun-tahun semasa di bawah pentadbiran beliau.Janet Yellen dalam salah satu kenyataan menjelaskan bahawa AS tidak mencari dolar yang lebih lemah untuk kelebihan perdagangan yang kompetitif, lapor media itu lagi, memetik kenyataan pegawai peralihan Biden yang terlibat dengan persiapan untuk pengesahan jawatan.

Bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed) itu dijadualkan untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kewangan Senat di Capitol Hill pada hari Selasa.

Beliau dijangka mendapat pengesahan sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS dengan mudah oleh Senat pada hari esok, sehari sebelum Presiden Joe Biden mengambil alih White House secara rasmi pada Rabu.

Selain itu, program rangsangan Joe Biden yang berjumlah $1.9 trilion juga telah mendorong peningkatan hasil perbendahraan A.S dan secara tidak langsung menodorong pengukuhan US dolar.

Indeks dolar melambung tinggi ke paras tertinggi satu bulan dan terakhir diperdagangkan pada 90.94, tahap tertinggi sejak 21 Disember. Setakat jam 10.00 p.m Indeks US dolar mengukuh sebanyak 0.12%.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat