PayPal Sahkan Projek Stablecoin ‘PayPal Coin’!

462

PayPal mara lagi dalam industri kripto selepas mengesahkan mereka mahu melancarkan stablecoin.

Difahamkan koin – ‘PayPal Coin’ akan bersandarkan kepada dolar AS dan pengguna berpeluang membayar kos transaksi yang lebih rendah apabila menggunakan perkhidmatan PayPal.

Menurut timbalan presiden mata wang digital dan kripto PayPal, Jose Fernandez da Ponte, projek tersebut sudah tentu akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak penyelia.

Kehadiran stablecoin dilihat memudahkan lagi penerapan dalam kalangan peruncitan dan pelanggan yang tidak gemarkan kripto kerana harga yang tidak tetap.

Sebenarnya projek tersebut secara tidak sengaja diketahui melalui kod aplikasi PayPal yang hadir kerana program hackathon baru-baru ini.

Susulan daripada penemuan itu, PayPal akhirnya mendedahkan pihak mereka sedang berusaha bangunkan stablecoin.

Sedia maklum, syarikat pembayaran gergasi ini sudah lama terlibat dalam sektor kripto dan masih lagi mencari ruang untuk meluaskan lagi pendedahan kripto.

Selain PayPal, Meta juga ada stablecoin yang dikenali sebagai ‘Diem’. Visa pula pada beberapa bulan lalu telah membenarkan pengaksesan stablecoin yang disokong dolar AS dalam setiap transaksi di dalam rangkaiannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat