Tak Boleh Dipercayai, Facebook Terpaksa Hentikan Projek Matawang Kripto ‘Diem’?

1,138

5 senator demokratik, termasuk barisan pimpinan Jawatankuasa Perbankan Amerika Syarikat (AS) telah menggesa CEO Facebook, Mark Zuckerberg untuk menghentikan projek stablecoin Diem dan wallet kripto, Novi.

Gesaan tersebut dibuat menerusi surat rasmi bertarikh 19 Oktober 2021:

“Dalam aspek pengurusan sistem pembayaran atau matawang digital, Facebook tidak boleh dipercayai. Jaminan keselamatan aset pengguna jelas tidak mencukupi…Kami menggesa anda untuk segera menghentikan pengujian Novi dan tidak membawa Diem ke dalam pasaran.”

Permintaan daripada ahli senator ini selepas ketua kewangan Facebook, David Marcus mendedahkan pihak mereka tidak akan melancarkan kedua-dua produk tersebut selagi rangka perundangan tidak diterapkan sepenuhnya.

Bagaimanapun menurut senat, rangka perundangan bagi stablecoin adalah bergantung kepada perbincangan yang masih berjalan dalam kalangan penyelia kewangan negara itu.

Seperti yang dilaporkan pada pertengahan September, stablecoin dipandang sebagai aset berisiko tinggi hingga mendapat perhatian Securities and Exchange Commision (SEC) dan Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC).

Pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell juga sebelum ini meluahkan kebimbangannya terhadap ancaman stablecoin terhadap matawang fiat.

Sudah beberapa kali pelancaran Novi dan Diem ditangguh. Adakah masih ada harapan untuk Facebook benar-benar lancarkan produk mereka ini?

Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada balas daripada pihak Facebook. Namun, jurucakap Novi memberitahu akan menjawab surat tersebut dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat