Wallet Kripto Facebook ‘Novi’ Sedia Dilancarkan!

704

Wallet matawang kripto, Novi bakal dilancarkan tidak lama lagi. Khabar itu didedahkan sendiri oleh ketua perkhidmatan kewangan, David Marcus semalam.

Novi, merupakan sebahagian daripada projek sistem pembayaran berasaskan blockchain, Diem yang diusahakan oleh Facebook.

Jelas Marcus, Novi sudah memperoleh kelulusan hampir di seluruh negeri di Amerika Syarikat (AS). Ini menunjukkan mereka tidak merancang untuk melancarkannya di tempat yang masih belum mendapat kelulusan.

Marcus percaya Novi mampu memainkan peranan penting dalam membaik pulih sistem pembayaran global yang mempunyai kekurangan seperti kelambatan pemprosesan transaksi dan mahal.

Pengguna boleh menyimpan wang mereka di dalam wallet tersebut yang mampu menukarkannya ke dalam stablecoin, Diem dan kemudian dapat dikirimkan ke seluruh dunia.

Sebelum ini, projek Diem dikenali sebagai Libra. Bagaimanapun, ekoran daripada kritikan yang melibatkan pengawalseliaan dan risikonya di peringkat global, Facebook menjenamakan semula Libra kepada ‘Diem’.

Disebabkan itu juga, tarikh pelancarannya yang dijadualkan pada 2020 terpaksa ditangguhkan kepada awal 2021. Namun, Diem masih berhadapan dengan pelbagai isu berbangkit menyebabkan pelancarannya sekali lagi terpaksa ditangguhkan.

Setakat 29 Januari, dikatakan Diem sudah mencapai lebih 50 Juta transaksi dalam pengujian yang dijalankan. Pencapaian ini menunjukkan satu potensi yang baik untuk Diem pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat