PBOC Bakal Ikuti Jejak Langkah FED Turunkan Kadar Faedah?

369

Bank pusat China berkemungkinan akan menurunkan penanda aras bagi kadar polisi mereka untuk pertama kali dalam tempoh empat tahun jika tindakan bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve meneruskan tindakan yang dijangka kuat oleh pasaran iaitu menurunkan kadar faedah untuk mesyuarat Julai.

Penganalisis berpendapat penggubal polisi China perlu menyatakan sokongan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Pemerhati pasaran walau bagaimanapun percaya People’s Bank of China (PBOC) akan mengikuti tindakan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat dengan merendahkan kadar pinjaman jangka pendek.

Ini bukanlah pertama kali PBOC mengikut jejak langkah Fed. Pada 2017 dan 2018, bank tersebut telah menaikkan kadar pinjaman jangka pendek sejam selepas kenaikan yang dibuat oleh Amerika Syarikat, walaupun pergerakan sederhana dengan perbezaan 5 atau 10 mata asas.

Walaupun China berterusan cenderung menuju ke arah polisi pelonggaran yang lebih agresif, namun tindak balas ekonomi perlahan terhadap ukuran rangsangan sebelum ini sementara ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China semakin berlarutan dan meningkatkan risiko.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat