Pegawai Perunding Amerika Syarikat Akan Berkunjung ke China Minggu Hadapan

266

Pasaran masih berwaspada dalam memantau perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China dengan ketegangan yang berlarutan sebelum ini sedikit reda selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan semula rundingan perdagangan.

Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow meluahkan kesenangan beliau pada Selasa dengan mengatakan satu perkembangan yang baik apabila pegawai perunding Amerika Syarikat bakal berkunjung ke China pada minggu hadapan untuk meneruskan rundingan. Beliau menjangkakan Beijing akan mula meningkatkan pembelian terhadap produk pertanian Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Menerusi perbualan telefon baru-baru ini bersama perunding dari China, Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin menegaskan keperluan Beijing untuk menunaikan janji untuk meningkatkan pembelian produk pertanian Amerika Syarikat.

Kudlow memberitahu wartawan, sepertinya akan ada kunjungan ke China dan mengharapkan China akan mulakan pembelian produk pertanian.

Lighthizer dan pegawai-pegawai AS yang lain akan berlepas ke Shanghai pada Isnin mengikut laporan oleh Bloomberg. Namun, pejabat Lighthizer tidak segera memberi respon terhadap laporan tersebut.

China dan Amerika Syarikat, dua ekonomi gergasi dunia itu sedang cuba untuk memulakan semula rundingan perdagangan yang baru bertujuan untuk mengakhiri perang dagang yang berlanjutan dengan menyaksikan siri berbalas tarif antara satu sama lain sebelum ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat