“Kalau bukan sebab SEC, hidup XRP hari ini akan lebih aman dah kan.”
Harga mata wang kripto Ripple (XRP) tampaknya tergelincir semula daripada paras tertingginya di tengah-tengah perkembangan undang-undang dalam tuntutan mahkamah antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
John Deaton, peguam di sebalik beribu-ribu pemegang XRP dalam tuntutan XRP terhadap SEC tertanya-tanya sama ada firma pembayaran blockchain itu akan berada dalam kedudukan lebih baik jika tidak kerana tuntutan mahkamah difailkan pada tahun 2020.
Hal ini kerana tuntutan mahkamah tersebut bukan sahaja telah memberi kesan negatif kepada pembangunan aset digital itu malah XRP Ledger (XRPL).
Selain menyalahkan SEC sebagai punca projek XRP sukar untuk berkembang, Deaton turut berkata bahawa Coinbase mungkin akan membeli kepentingan XRP berbanding Circle sekiranya firma itu tidak didakwa oleh SEC.
Sebelum SEC memfailkan tuntutan mahkamah pada Disember 2020, Deaton berkata bahawa Coinbase banyak mempromosikan XRP tetapi sejurus selepas dikenakan tuntutan mahkamah, banyak bursa kripto lain menyahsenarai token untuk perdagangan.
Beliau turut mendedahkan telah menggandakan pelaburannya dalam XRP setelah Coinbase menyenaraikan aset digital tersebut dan mempromosikan utilitinya.
Memang tidak dinafikan harga XRP pada masa ini berada dalam keadaan tidak menentu susulan mengalami banyak rintangan, namun perlu diketahui kedudukannya tetap kukuh melalui hasil sokongan daripada komunitinya.
Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 0.25% pada paras $0.52 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $27 bilion tetapi masih merekodkan penyusutan 14% sepanjang minggu lepas.