Peguam XRP Dakwa SEC Selalu Kacau Pasaran Kripto

212

Baru-baru ini, pakar mengetengahkan pendapatnya bahawa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan (SEC) kerap mengganggu pasaran. Buktinya, penyiasatan terhadap syarikat aset digital oleh SEC Amerika Syarikat (AS) telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

John Deaton, pengasas CryptoLaw dan peguam pemegang XRP dalam tuntutan ‘SEC Vs Ripple’ telah menulis op-ed* mengenai jangkauan badan pemantau (Watchdog).

* Keratan akhbar tabloid yang diterbitkan majalah di Amerika Utara

Menurut beliau, apabila industri kripto berkembang, ramai individu akan mula memasuki industri tersebut.

Namun begitu, beliau menggariskan bahawa insiden yang berlaku antara Special Purpose Acquisition Company (SPAC) telah mengeruhkan lagi pasaran kripto.

Malah, Deaton menyatakan Ketua SEC Gary Gensler menggelar pasaran kripto sebagai pelaburan “Wild West” kerana beliau percaya aset tersebut digunakan untuk aktiviti haram, sedangkan realitinya majoriti pengubahan wang haram dan penipuan menggunakan USD dolar.

Selain itu, peguam XRP menggambarkan bahawa SEC merupakan satu entiti ‘jahat’ yang mengambil hak individu, misalnya tindakan Gensler yang berdolak-dalih menyembunyikan kebenaran dan hanya memaparkan pendedahan data alam sekitar.

Ketua Suruhanjaya juga memberikan input terhad tentang pembuatan peraturannya, namun ia telah meningkatkan keperluan pendedahan data berkenaan alam sekitar (ESG).

Tambahnya, tindakan ini akan membenarkan SEC menggerakkan agenda sosialnya serta membantunya memperoleh tugas yang lebih luas dalam pentadbiran Biden.

Walhasil, Deaton sekeras-kerasnya menghina perjuangan Pengerusi SEC terhadap kripto adalah satu tindakan mencemarkan norma perlembagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat