Pekerja Top Glove Ini Dipecat Kerana Mendedahkan Kegagalan Pematuhan SOP

4,824

Dalam satu pendedahan terbaru, Top Glove Corp telah memecat salah seorang pekerja kilang operasinya, Yubaraj Khadka gara-gara dua keping gambar yang menunjukkan seluruh pekerja kilang itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pada Mei lalu, warganegara Nepal itu mengambil gambar bukti menunjukkan lambakan pekerja kilang sedang beratur dengan jarak kurang satu meter ketika pemeriksaan suhu sebelum shif malam bermula.

Gambar itu kemudian diserahkan kepada pertubuhan hak asasi pekerja di negaranya dan pihak berkuasa Malaysia tanpa mendedahkan pemilik asal gambar tersebut kerana bimbang dipecat.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Khadka apabila Top Glove berjaya mengesan pemilik asal gambar tersebut menerusi rakaman CCTV dan memecatnya pada 23 September lalu.

Tidak dinafikan firma itu mengenakan kewajipan memakai sarung tangan dan muka dalam kalangan pekerja kilang tetapi di luar kilang, pematuhan penjarakan sosial dilihat gagal.

Penularan wabak koronavirus di beberapa kilang dan kediaman asrama Top Glove di sekitar Klang membawa rekod kes tertinggi lebih 5,000 jangkitan dengan 94% daripadanya warganegara luar menjadikan kluster terbesar Malaysia.

Selepas dibuka semula operasi susulan penutupan berperingkat bermula 23 November lalu, Top Glove memberi jaminan kekerapan sanitasi kilang, pejabat, pengangkutan dan kediaman selain menaiktaraf asrama pekerja.

Pada hari ini, seluruh Top Glove dikejutkan dengan kematian seorang pekerjanya berwarganegara Nepal, 29 akibat jangkitan koronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat