Pekerjaan Dari Rumah Menjadi Pilihan ECB Untuk Tahun 2020!

348

Kakitangan Bank Pusat Eropah diarahkan untuk bekerja dari rumah sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini berikutan penularan pandemik Covid-19 di Eropah tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang. Informasi ini dikongsikan oleh kakitangan ECB yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, jurucakap bank pusat Eropah enggan untuk mengulas garis masa pekerjaan dari rumah atau bekerja atas talian. Namun menurut beliau, setakat ini bekerja atas talian telah menunjukkan hasil yang positif dan akan mempertimbangkan untuk mengimplimentasikan polisi tersebut berdasarkan beberapa pertimbangan.

Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat di seluruh dunia juga sedang menerapkan polisi bekerja dari rumah kerana peningkatan kes Covid-19 yang terus mengancam ekonomi dan kesihatan. Setiap 4 hari, kes jangkitan Covid-19 di Eropah mencatat hampir atau lebih 1 juta kes.

Antara negara Zon Eropah yang mencatat peningkatan terbanyak jangkitan Covid-19 ialah negara Jerman.Kini bank pusat mempunyai lebih daripada 3,500 pekerja di seluruh Eropah,


 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat