Pelabur Bersedia Untuk Penurunan Lanjut Pada Carta GBP/USD

229

Bacaan data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK mencatatkan angka yang positif untuk bulan Februari apabila diterbitkan pada sesi Eropah semalam.

Namun, bacaan tersebut gagal memberi sokongan terhadap Pound untuk mengukuh pada dagangan awal minggu ekoran tekanan oleh US dolar berdepan suasana tegang oleh krisis Rusia dan Ukraine yang berlanjutan.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga masih gagal melepasi rintangan pada 1.36400 selepas kenaikan harga dipaparkan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.

Sesi New York kembali menyaksikan penurunan harga semula dengan pengukuhan US dolar menekan harga menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.35700.

Walaupun harga telah memberi isyarat untuk perubahan trend bearish semula dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, pelabur kekal berwaspada untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku.

Sekiranya harga susut lebih rendah melepasi zon RBS 1.35700, petunjuk lebih jelas untuk trend bearish akan mendorong harga menuju pula ke zon RBS lebih rendah iaitu pada 1.35000.

Pelabur akan memerhati reaksi harga pada zon penting tersebut setelah beberapa minggu berjaya membendung kejatuhan harga dan menyokong harga untuk pantul semula.

Namun jika harga masih bertahan di atas zon 1.35700, kenaikan harga masih dilihat akan menguji zon rintangan pada 1.36400-1.36600.

Melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu dengan sasaran adalah pada ketinggian 1.37400 yang telah diuji pada dagangan Januari lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat