Pelabur Berwaspada Menantikan ‘Tsunami’ Inflasi AS!

789

Pembukaan dagangan sesi Asia menyaksikan pergerakan pasaran yang terhad ketika para pelabur menantikan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari ini.

US dolar yang pada mulanya sedikit suram pada awal dagangan sebelum ini kembali mendapatkan keuntungan ketika permulaan sesi New York di tengah-tengah sentimen pasaran berisiko.

Ketika penulisan, indeks dolar kukuh pada paras harga 103.90, tidak jauh dari puncak tertinggi 20 tahun yang dicapainya pada awal minggu.

Pelabur kini akan memerhatikan dengan lebih teliti laporan harga pengguna (CPI) AS sama ada ia akan menunjukkan tanda-tanda untuk mereda.

Kadar inflasi tahunan dijangka menunjukkan peningkatan sedikit perlahan pada April sebanyak 8.1% berbanding sebelumnya 8.5%.

Sementara itu, euro pula mengurangkan keuntungan yang dicatatkan susulan penyusutan US dolar, dengan diperdagangkan suram pada sekitar harga 1.0530 berbanding dolar greenback.

Penurunan ini mungkin dipengaruhi oleh laporan dari tinjauan ZEW Jerman yang menjangkakan kemerosotan selanjutnya dalam ekonomi.

Mata wang berkaitan komoditi seperti dolar Aussie, kiwi dan loonie pula terus berlegar di sekitar paras terendah yang terkesan dengan sentimen pasaran menyuramkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat