Pelabur Berwaspada, Pergerakan Pasaran Kekal Tidak Menentu

236

Adakah sentimen pasaran dinilai sudah kembali menunjukkan pemulihan semula?

Mata wang safe-haven Yen dan Swiss franc pamerkan prestasi yang mengecewakan pada dagangan Selasa semalam, namun berjaya menutup dagangan lebih baik berbanding US dolar.

US dolar sebelum ini yang dilihat akan mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko ekoran kebimbangan terhadap penularan varian coronavirus Omicron, gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut.

Sebaliknya beberapa mata wang utama dilihat telah kembali meningkat semula setelah tekanan sejak penghujung minggu lalu mulai reda.

Perkembangan di Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden menyatakan bahawa tiada langkah sekatan pergerakan akan dilaksanakan buat waktu ini dan menggalakkan rakyat untuk mempercepatkan proses vaksinasi dengan segera.

Data pertumbuhan ekonomi AS akan diberi tumpuan pada sesi New York hari ini untuk menilai bacaan akhir bagi laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku ketiga.

Walaupun US dolar gagal pamerkan momentum pengukuhan, namun indeks dolar tetap berlegar di paras tertinggi 16 bulan dan pelabur masih meletakkan keyakinan untuk pergerakan bullish US dolar selepas Federal Reserve (Fed) umumkan untuk percepatkan pengurangan pembelian bon pada mesyuarat FOMC baru-baru ini.

Dolar Kanada dijangka akan pulih dari kemerosotan akibat terkesan oleh pasaran minyak mentah global susulan unjuran penurunan pada permintaan minyak.

Gabenor bank pusat Kanada telah memberi isyarat untuk kenaikan kadar akan bermula pada tempoh terdekat susulan risiko pandemik mula berkurangan di Kanada.

Pelabur komoditi emas berkemungkinan berdepan risiko penyusutan lebih rendah nilai logam kuning itu apabila harga dilihat gagal melepasi paras halangan $1,800 semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat