Pelabur Bitcoin Ini Optimis Pasaran Kripto Meletup Pada 2024!

579

“Wow banyak juga perkara yang dikupaskan oleh pelabur ini.”

Lark Davis, seorang pelabur Bitcoin (BTC), mata wang kripto dan saham yang memiliki lebih 1 juta pengikut di Twitter dan 470,000 subscribers di YouTube telah terlibat secara aktif dalam aset digital sejak tahun 2017.

Setelah Cointelegraph mengundang Davis di segmen Market Talks, jawapannya bukanlah mudah yang disangka semua orang selepas mengetahui caranya masuk ke dalam kripto dan mengapa beliau masih berminat.

Susulan memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam pasaran kripto, Davis pastinya mempunyai penilaian kriteria kripto tersendiri dalam menentukan altcoin apakah yang berpotensi menggunung bersama-sama BTC dan Ethereum (ETH).

Pun begitu, beliau meramalkan BTC tidak akan mencapai paras tertinggi sepanjang masa baharu pada tahun 2023 tetapi mungkin terdapat beberapa peristiwa atau pemangkin utama yang dapat mendorong harganya melonjak tinggi.

Namun, Davis menjangkakan seluruh pasaran kripto termasuk altcoin akan pulih dan dikelilingi sentimen positif pada tahun 2024.

Selain itu, beliau turut membincangkan dan beri pendapat jujurnya berhubung perkara paling penting yang terjadi dalam pasaran kripto pada masa ini, antaranya adalah peraturan, tindakan undang-undang, pembangunan dan eksperimen.

Selepas pengacara bertanya kepada Davis mengenai apa perlu dilakukan oleh setiap pelabur aset digital yang baru atau berpengalaman dalam pasaran kripto, beliau dengan sungguh yakinnya berkata bahawa mereka pasti tidak mahu ketinggalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat