Pelabur Bursa Tampil Berani, Tak Takut ‘Terciduk’ Ke Nanti?

185

Bursa Malaysia meneruskan sesi dagangan positif dengan minat belian sederhana menyokong indeks untuk pembukaan baik 43 sen.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.40 mata pada 1,473.66 daripada penutupan Rabu pada 1,467.26.

Indeks dibuka positif 3.11 mata pada 1,470.37.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 237 mengatasi kaunter rugi pada 104, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,758 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 236.73 juta unit bernilai RM90.93 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade, Thong Pak Leng, sungguhpun berlaku kenaikan, pelabur terus berhati-hati dengan ucapan Federal Reserve (Fed) di Simposium Jackson Hole pada hujung minggu ini.

Tambahnya, khabar angin kuat tersebar dalam pasaran bahawa ucapan esok akan memberi rangsangan kepada sentimen pelabur.

Dalam pada itu, indeks KLCI dijangka aktiviti bargain-hunting tidak akan muncul memandangkan sentimen kekal berhati-hati.

Atas faktor tersebut indeks diramalkan berlegar dalam julat 1,460 ke 1,475 hari ini dengan minat belian berfokuskan sektor tenaga.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank capai 4 sen pada RM8.85, Public Bank dan Press Metal tambah 1 sen pada RM4.63 dan RM4.66 sementara Petronas Chemicals turun 3 sen pada RM8.47.

Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum capai 3 sen pada 99 sen dan TWL Holdings kekal pada 5 sen sementara Serba Dinamik serta warannya kekal pada 4.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 47.58 mata pada 10,497.93, indeks FBMT 100 mencapai 45.88 mata pada 10,236.21, FBM 70 menambah 62.51 mata pada 12,663.51 dan FBM ACE mencanak 21.36 mata pada 4,896.33 sementara indeks FBM Emas Shariah melonjak 55.05 mata pada 10,558.97.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 46.60 mata pada 16,597.55 dan indeks Tenaga meningkat 10.75 mata pada 717.94 sementara indeks Perladangan memulih 29.96 mata pada 6,890.79  dan indeks Produk dan Perkhidmatan menambah 0.24 mata pada 180.13.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat