Pelabur Emas Kena Jaga-jaga Dengan Powell!

607

Emas bergerak perlahan ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati sementara menunggu keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) di hadapan Kongres.

Pada sesi Asia, logam kuning itu stabil pada sekitar harga $1,846 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,852 per auns.

Powell akan membentangkan laporan dasar monetari separuh tahunan di hadapan Kongres pada hari Selasa dan Rabu.

Pelabur kini bersiap sedia untuk sebarang petunjuk mengenai hala tuju polisi bank pusat itu seterusnya, yang mungkin disampaikan oleh ketua bank pusat Amerika Syarikat.

Terdahulu, China menetapkan sasaran 5% untuk pertumbuhan ekonominya pada 2023, yang merupakan ramalan terendah dalam tempoh lebih 25 tahun.

Ramalan sederhana itu memberi impak kepada pasaran saham dan komoditi untuk memulakan minggu dagangan dengan sedikit suram.

Berminat belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat