Pelabur Emas Mula Berhati-hati Di Tengah Kelemahan USD

876

Emas sedikit berubah pada sesi Asia ketika pelabur mula mengambil langkah waspada menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ketika penulisan, logam berharga itu diniagakan sedikit susut pada sekitar harga $1,926 per auns selepas mencatatkan kenaikan hampir 1% pada sesi sebelumnya.

Setelah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang menunjukkan pertumbuhan perlahan pada Mac, pelabur kini lebih berwaspada untuk laporan NFP yang akan dikeluarkan.

Pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta sedikit menurun pada bulan ini, dengan kenaikan 455,000 daripada 486,000 yang dicatatkan sebelumnya meskipun menepati jangkaan pasaran.

Sementara itu, pertumbuhan ekonomi AS pula sedikit meleset dari jangkaan pada suku keempat 2021, dengan peningkatan 6.9% daripada 7.0% yang dijangkakan oleh pasaran.

Ini secara tidak langsung memberi kekuatan buat emas untuk kekal stabil daripada jatuh lebih rendah selain turut disokong oleh dagangan US dolar yang lemah.

Meskipun begitu, pelabur tetap berhati-hati untuk meletakkan posisi memandangkan terdapat faktor luar seperti perkembangan positif rundingan damai Ukraine dan Rusia yang menyebabkan pegangan terhadap safe-haven emas dilepaskan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat