Pelabur Jangka USD/CAD Akan Terus Kekalkan Penurunan Minggu Ini

163

Dolar Kanada masih mengekalkan pergerakan yang positif pada awal minggu ini selepas berjaya mengukuh pada minggu lalu yang disokong oleh sentimen pasaran minyak mentah global.

Prospek permintaan bahan bakar yang meningkat dan peningkatan kadar vaksinasi dilihat menyokong semula kenaikan pada harga minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada sekaligus mempengaruhi pergerakan Loonie untuk mengukuh.

Dengan faktor US dolar yang menyusut di awal minggu akan terus membuka ruang buat dolar Kanada meneruskan pengukuhannya sementara pelabur kekal berhati-hati menjelang laporan data inflasi suku kedua Kanada pada Rabu.

Pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga telah menjunam pada minggu lalu dari paras ketinggian 1.27800 sehingga ke paras 1.25300.

Bersambung sehingga dagangan awal minggu ini, harga menunjukkan pergerakan mendatar pada zon sekitar 70 pips di atas paras 1.25300 dengan paras rintangan adalah pada 1.26000.

Isyarat awal untuk penurunan lebih rendah harga dilihat semalam selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat bearish.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji zon penting sekitar 1.25300 hingga 1.25700 sebelum jangkaan penurunan lebih rendah akan menuju ke sekitar 1.24000.

Sebaliknya jika harga berjaya keluar dari zon mendatar tersebut dan melepasi rintangan 1.26000, kenaikan lebih tinggi akan menguji semula paras-paras tumpuan sebelum ini.

Paras sekitar 1.26700 akan diuji terlebih dahulu sebelum harga kembali semula ke zon rintangan minggu lalu pada 1.27800 tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat