Pelabur Kecewa, Emas Belum Sedia Naik Lagi

608

Dagangan emas kekal berlegar pada sekitar paras terendah 11 bulan ketika US dolar cuba meraih semula pengukuhan apabila pelabur mengurangkan jangkaan untuk kenaikan kadar 100 mata asas daripada Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, dagangan spot emas diniagakan pada $1,706 per auns manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,704 per auns.

Logam kuning itu mencatat peningkatan pada permulaan dagangan awal minggu, memanfaatkan penyusutan yang direkodkan US dolar susulan beberapa kenyataan penggubal dasar Fed mengenai kadar faedah.

Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic dan St Louis, James Bullard memberi isyarat pada Jumaat bahawa mereka lebih memilih untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mat asas untuk pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung minggu depan.

Ini sekali gus menolak jangkaan yang tercetus oleh pasaran selepas menyaksikan data inflasi Amerika Syarikat yang terus mencatat rekod tertinggi 40 tahun pada bulan Jun.

Meskipun begitu, US dolar cuba meraih pengukuhan semula sebagai safe-haven di tengah-tengah kebimbangan baharu pasaran terhadap penularan Covid-19 di China dan krisis tenaga yang dihadapi Eropah.

Secara keseluruhannya, tiada pergerakan besar yang dipaparkan logam kuning emas menyebabkannya terus berlegar di paras terendah hampir stau tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat