Pelabur Kerugian $1.8 Juta, Jadi Mangsa ‘Rug Pull’ MetaMask Tiruan!

1,116

Khabar angin mengenai potensi airdrop token tadbir urus MetaMask kian mendapat tempat di Twitter sejak akhir-akhir ini. Namun malangnya, ‘scammer’ mula mengambil kesempatan dalam perkara ini. Teknik penipuan yang digunakan adalah memerangkap para pelabur untuk membeli token dalam skema-skema tertentu.

MetaMask ialah dompet non-custodial paling popular untuk Ethereum dan ianya telah memainkan peranan yang besar dalam musim panas DeFi 2020. Sejak Uniswap menawarkan airdrop token tadbir urusnya, banyak projek terdesentralisasi melakukan perkara yang sama.

Menjelang tahun baru, pengguna membuat spekulasi bahawa MetaMask akan melakukan airdrop dan ramai yang percaya bahawa mereka akan menerima dalam beberapa hari ini. Namun, setakat ini, ia hanyalah khabar angin dan spekulasi kerana MetaMask belum mengesahkannya secara rasmi.

Kesempatan ini dimanfaatkan oleh Scammers. Dimana teknik penipuan yang digunakan adalah dengan menggunakan gambar yang sama dan mencipta token tadbir urus MetaMask palsu dengan ticker MASK mendagangkannya.

Namun, perkara ini dapat dikesan serta-merta oleh para pelabur, akan tetapi malangnya lebih 390 pengguna membelinya kerana token itu mencapai lebih $9 juta dalam jumlah dagangan. Semasa penulisan, ia telah dicairkan (rugged pull).

Seorang pengguna Twitter melaporkan bahawa sebaik sahaja kira-kira $1 juta token itu telah dibeli, jualan telah dikunci “dan mereka berkemungkinan akan mengeluarkan wang itu secara mendadak, dengan cara yang sama seperti mereka mengeluarkan wang awal untuk membiayai kecairan.”

Pengguna lain juga telah melaporkan penipuan ini. Mengambil ikhtibar akan perstiwa ini, para pelabur dinasihatkan selalu membuat semakan dan membuat penyelidikan tersendiri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat