Pelabur Kripto Akhirnya Sedar Potensi Sebenar Litecoin (LTC)?

886

Harga Litecoin meningkat akhir-akhir ini, naik ke paras tertinggi sejak pertengahan Mei kerana rangkaian matawang digital terus mendapat keuntungan daripada aktiviti yang semakin meningkat.

Dapat dilihat Litecoin telah menyaksikan reputasi yang baik, menghasilkan 38% lonjakan mencapai paras tertinggi $232.6 pada sesi dagangan bulan September.

Beberapa faktor yang telah menyokong pergerakan harga melonjak, salah satunya adalah volatility yang rendah iaitu sekitar 58%.

Dapat dilihat pada carta pergerakan harga LTC/USDT, menyaksikan harga Litecoin telah melonjak lebih 40% pada sesi dagangan bulan Ogos.

Pandangan sudut teknikal, LTC dilihat sedang menyusut sedikit setelah mencapai paras tertinggi terbaru beberapa hari yang lalu.

Sekiranya LTC kembali menunjukkan corak kenaikan, zon resistance $225 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk di uji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Tetapi jika pergerakan harga Litecoin terus menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become suppport) $185 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

Sewaktu penulisan, LTC didagangkan pada paras harga $219 susut lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto LTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat