Pelabur Nantikan Keterangan BOE, Ini Jadi Pada Sesi Eropah!

187

Melangkah masuk ke sesi Eropah, pasaran mata wang kekal memaparkan pergerakan yang perlahan dengan US dolar sedikit menyusut ketika pasaran terus menilai kenyataan daripada pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Penggubal dasar Fed terus menawarkan keterbukaan mereka untuk meneruskan kenaikan kadar faedah walaupun pada mesyuarat polisi FOMC minggu lalu, bank pusat itu dilihat telah berubah dovish.

Hal ini berlaku rentetan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kukuh pada Januari, memberi keselesaan buat Fed kekal pada kadar faedah yang tinggi.

Menyelusuri pergerakan pasaran secara meluas, mata wang berkaitan komoditi dolar Aussie dan New Zealand dilihat mencatat peningkatan sederhana pada sesi dagangan hari ini.

Dolar Aussie terus memanfaatkan sokongan daripada kenyataan hawkish pembuat dasar Reserve Bank of Australia (RBA) untuk terus melanjutkan kenaikan kadar faedah.

Bank pusat itu telah menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada hari Selasa di tengah-tengah inflasi Australia yang masih berada di puncak tertinggi 33 tahun.

Sementara itu, mata wang euro sedikit berubah selepas data harga pengguna tahunan Jerman meningkat 8.7% pada bulan Januari, berbanding jangkaan kenaikan 8.9%.

Penggubal dasar Bank pusat Eropah (ECB) terus menawarkan kenyataan hawkish untuk terus meneruskan peningkatan kadar faedah bagi memerangi inflasi.

Selain itu, pound sedikit meningkat pada sesi Eropah ketika pelabur menantikan beberapa penggubal dasar Bank of England (BOE) yang akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan Parlimen mengenai keputusan dasar mereka minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat