Pelabur Nilai Isyarat Penurunan Harga Pada Carta EUR/USD

303

US dolar dilihat telah memulakan rentak pengukuhan awal pada pembukaan dagangan minggu ini di sesi New York semalam susulan komen oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengenai unjuran ekonomi dalam acara persidangan ekonomi tahunan.

Pasaran kekal menilai ucapan Powell yang positif selepas jangkaan untuk 6 lagi kenaikan kadar faedah pada baki setiap mesyuarat sepanjang tahun ini.

Sementara, perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine yang berlanjutan dilihat menambah bebanan terhadap Eropah dengan pelbagai sekatan telah dilaksanakan.

Kerajaan Jerman memberi amaran bahawa ekonomi tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa import minyak Rusia.

Justeru, mata wang Euro diramalkan untuk terus mengalami kemerosotan dalam pasaran minggu ini di samping tekanan oleh US dolar yang mungkin meneruskan pengukuhannya.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan perlahan dipamerkan pada dagangan Isnin semalam namun memberi isyarat bearish selepas kenaikan harga gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Selepas sedikit penurunan pada sesi New York, harga menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan penurunan melepasi paras sokongan 1.1000.

Ini menjadi petunjuk awal untuk harga susut lebih rendah di sokong oleh faktor yang mengukuhkan US dolar dan tekanan oleh Euro.

Penurunan lebih rendah bakal menguji dahulu paras sekitar 1.09000 sebelum meneruskan penurunan menuju zon support pada sekitar 1.08000.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula dan melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan harga bakal menguji paras ketinggian dicapai minggu lalu pada zon SBR (support become resistance) 1.11300.

Seterusnya, harga bakal menguji pula paras tumpuan pada 1.12000 pada kenaikan yang berjaya diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat