Pelabur Optimis GBP/USD Bakal Teruskan Trend Bullish Minggu Ini

403

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan penurunan pada dagangan pembukaan awal minggu ini susulan pergerakan US dolar yang dilihat lebih mendatar berbanding trend harga yang dipaparkan sehingga ke penghujung minggu lalu ekoran pasaran AS ditutup sempena Hari Buruh.

Namun para penganalisis pasaran meragui pengukuhan awal US dolar di awal minggu itu akan berterusan sehingga ke penghujung minggu berikutan tekanan yang dihadapi oleh US dolar sejak minggu lalu.

Sementara itu, mata wang Pound terus berada dalam tekanan dengan laporan peningkatan kes jangkitan Coronavirus yang semakin buruk di UK.

Dalam tempoh 24 jam, UK mencatatkan angka jangkitan virus melebihi 41,000 kes dan 45 kematian baru.

Harga pada carta GBP/USD semalam telah pamerkan penyusutan ke paras 1.38200 di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat bearish.

Namun, selepas bergerak mendatar sehingga ke penghujung sesi New York, peningkatan semula harga dilihat pada sesi Asia pagi Selasa dengan jangkaan kenaikan harga bakal menguji semula zon rintangan 1.39000.

Kenaikan harga yang diteruskan menembusi rintangan 1.39000 seterusnya dijangka untuk menuju ke paras ketinggian pada 1.40000 untuk menguji zon tumpuan tersebut.

Namun jika harga masih meneruskan penurunan semalam, paras sokongan 1.38000 bakal diuji pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah kemudiannya akan tertumpu kepada zon 1.37000 dan juga support 1.36000 yang menjadi tarikan harga pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat