Pelabur Positif RBNZ Nak Naikkan Kadar Faedah Lagi

187

Mesyuarat polisi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) yang bakal berlangsung pada hari Rabu dijangka akan menyaksikan kenaikan kadar faedah untuk kali ketiga berturut-turut.

Bank pusat sebelum ini telah menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas dalam dua mesyuarat polisi terdahulu yang membawa kadar faedah semasa kepada 0.75% daripada 0.25%.

Berikutan tekanan inflasi semakin meningkat di tengah gangguan rantaian bekalan dan pasaran buruh yang tegang, penganalisis tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan sebanyak 25 mata asas dilaksanakan pada mesyuarat seterusnya.

Kadar inflasi New Zealand telah meningkat kepada 5.9% iaitu paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun pada suku keempat 2021. Sementara kadar pengangguran pula di paras terendah pada 3.2%.

Hal ini pastinya akan mencetuskan tindakan pengetatan yang lebih pantas daripada bank pusat untuk mengekangnya daripada meningkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, pasaran juga menantikan bank pusat untuk menjelaskan mengenai bagaimana ia akan mengurangkan kunci kira-kiranya (balance sheet) yang telah meningkat disebabkan program pembelian bon.

Jangkaan ini meletakkan dolar New Zealand kekal didagangkan stabil berbanding US dolar walaupun kebimbangan terhadap kemelut Rusia dan Ukraine sedikit membataskan mata wang sensitif risiko itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat