Pelabur Saham AS Mesti Tengah Seronok

798

Indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) merekodkan paras tertinggi baharu meskipun wujud kebimbangan berterusan tentang impak ekonomi yang kuat berikutan pandemik Covid-19.

Lapor BBC, S&P 500 merekodkan paras tertinggi semalam kepada hampir 3,389.78 iaitu kira-kira lebih tiga mata berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan pada 19 Februari lalu.

Indeks saham AS lain turut mencatatkan peningkatan.

Selain itu, Nasdaq turut mencatatkan rekod baharu selepas melepasi paras tertinggi yang direkodkan pada Jun manakala Dow Jones Industrial Average juga mencatatkan peningkatan kira-kira 5% berbanding rekod tertinggi yang dicapai pada Februari lalu.

Saham AS terus menunjukkan peningkatan sejak 23 Mac selepas bank pusat mengumumkan sejumlah langkah sokongan ekonomi baharu.

Peningkatan dalam indeks saham AS disumbang oleh firma-firma teknologi seperti Apple, Microsoft dan Amazon yang tidak terjejas akibat pandemik serta beberapa syarikat lain yang khusus kepada bidang pengkomputeran simpanan awan dan mesin pembelajaran.

Saham dalam sektor teknologi di S&P 500 melonjak sebanyak 25% setakat tahun ini, meskipun sektor mencatatkan paras negatif atau mendatar. Saham dalam sektor tenaga misalnya, merosot sebanyak 37% sejak permulaan tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat