Pelabur Sebenarnya Salah Anggap Dengan Federal Reserve?

629

Rentetan daripada mesyuarat FOMC minggu lalu, pasaran telah mendapat isyarat bahawa kitaran pengetatan Federal Reserve (Fed) mungkin akan berakhir.

Malah, ada juga yang menjangkakan bank pusat itu akan menurunkan kadar faedah disebabkan krisis perbankan yang telah menggugat pasaran kewangan global.

Ini susulan daripada jangkaan yang dilihat daripada CME FedWatch Tool yang melihat penanda aras kadar faedah akan menurun pada bulan Julai.

Pun begitu, gergasi pengurusan aset terbesar di dunia, BlackRock Inc pula memberi amaran sebaliknya kepada pelabur!

BlackRock menegaskan bahawa Fed akan terus menaikkan kadar faedah susulan kenyataannya baru-baru ini bahawa inflasi kekal menjadi keutamaan bank pusat.

Ia juga memetik kepada kenyataan Pengerusi Jerome Powell mengenai tiada pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan tahun ini.

Menurut nota yang ditulis pakar strategi BlackRock Investment Institute, mereka melihat Fed mungkin akan kurangkan ‘pertempuran’ untuk inflasi tetapi masih tiada pemotongan kadar.

Namun, ia berpendapat bahawa bank pusat itu akan menyampaikan pemotongan kadar jika masalah kredit yang lebih serius berlaku dan menyebabkan kemelesetan lebih mendalam daripada dijangkakan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat