Pelabur Sesak Nafas, Pagi-Pagi Terpaksa Dengar Berita Buruk Ini

621

Ekuiti bergerak longlai dengan beberapa faktor negatif mengeruhkan sentimen pasaran lebih-lebih lagi menjelang bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Berita perang Rusia-Ukraine kembali ‘membakar’ pasaran, diapit dengan keputusan program sokongan pembelian bon oleh Bank of England (BOE) dan terbitan data indeks harga pengguna (CPI) pada Khamis membuatkan pelabur gementar.

Turut menyumbang faktor negatif adalah khabar sekatan (lockdown) baharu di China melibatkan Covid-19, selain ketegangan berterusan negara Tembok Besar tersebut dengan AS.

Ekoran itu, Wall Street dilihat mengalami penurunan dengan greenback menerajui pembelian dalam pasaran.

Dolar bergelut dalam kawasan positif dan negatif sebelum mengakhiri sesi dengan lonjakan 0.1% sementara Euro naik 0.05% pada $0.9705 Yen turun 0.06% pada ¥145.81 dan Pound susut 0.78% pada $1.0969.

Melihat carta indeks Dow Jones Industrial naik 0.12% pada 29,239.19, satu-satunya yang memperlihatkan lonjakan sementara S&P 500 hilang 0.65% pada 3,588.84 dan Nasdaq Composite turun 1.1% pada 10,426.19.

Zon Eropah pula menyaksikan indeks STOXX 600 hilang 0.56% sementara tolok MSCI saham global susut 0.97%, penurunan sebanyak 1.5% pada 549.19 setakat ini untuk menghampiri paras tenredah 20 Oktober 2020.

Pembukaan dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun turun 0.2% sementara Topix hilang 0.15% tatkala S&P/ASX 200 Australia mendatar.

Kospi Korea Selatan jatuh 0.23% manakala Kosdaq susut 0.33% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun tidak berubah.

Ringkasan pasaran bon menyaksikan nota 10 tahun hasil Perbendaharaan AS naik 5.8 mata asas pada hasil 3.943% dari 3.885%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat