SQUID secara rasmi dilaporkan meninggalkan arena kripto. SQUID yang terinspirasi dari drama bersiri dari Korea Selatan,Squid Game telah mencetuskan fenomena seluruh dunia.
Terinspirasi dengan perkara tersebut, pada minggu lalu, aset kripto Squid Game (SQUID) telah menyertai pasaran kripto dan catat lonjakan 1,102.73% dalam 24 jam.
SQUID ini pada asalnya merupakan token khas projek Squid Game – permainan berkonsepkan play-to-earn yang berasaskan kripto. Ia dijangka berlangsung pada November 2021, dimulakan dengan versi Beta khas untuk 500 pemain sahaja sebelum dilancarkan sepenuhnya kepada umum.
Namun sayangnya hal ini hanyalah seindah khabar dari rupa apabila pihak SQUID secara rasmi meninggalkan pasaran kripto. Harga aset kripto telah jatuh dari paras $2,800 kepada $0.0008 dimana kejatuhan harga ini membawa indikasi bahawa projek ini telah di terkena ‘rug pull’. Iaitu dimana mereka yang menjadi dalang projek telah menggunakan ‘pintu belakang’ untuk mencairkan aset dan membawa lari keuntungan.
Sebelum ini, ramai dalam kalangan komuniti kripto telah menzahirkan kekhuatiran bahawa model perniagaan tidak masuk akal. CoinMarketCap sendiri juga memberi amaran dengan memberikan tanda ‘risiko tinggi’ untuk token tersebut dan menyatakan bahawa,
“Pihak CoinMarketCap telah menerima beberapa laporan bahawa pngguna tidak dapat menjual kripto ini dalam Pancakeswap. Justeru, pelabur hendaklah mengambil sikap berhat-hati”.
⚠️ WARNING ⚠️
A new token, Squid Game (SQUID), inspired by the Netflix show, has posted 45,000% growth, but multiple investors are reportedly unable to sell.
The white paper is littered with poor grammar, spelling errors and claims that cannot be validated.#CryptoNews #crypto pic.twitter.com/JosLRlZROT
— Crypto Gem Finds (@CryptoGemFinds) October 29, 2021
Semasa penulisan, laman web projek tersebut tidak berfungsi. Dalam masa yang sama harus sedia maklum bahawa terdapat kripto lain yang dikaitkan dengan SQUID dan menunjukkan prestasi yang sangat baik. Namun dengan kejadian ini dapat diambilkan sebagai satu ‘counter check’ untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.