“Adakah ERC-22 akan menyebabkan bekalan ETH semakin kurang?”
Blockchain Ethereum (ETH) semakin berkembang apabila piawaian token baharu digelar ERC-223 telah menuju ke Dokumentasi ETH.
Protokol EIP-223 adalah bertujuan bagi membetulkan kelemahan piawaian terdahulu iaitu ERC-20 yang mempunyai beberapa kekurangan seperti kehilangan token dalam kontrak tidak direka bentuk untuk berinteraksi dengan token dihantar.
Umum mengetahui bahawa piawaian ERC-223 yang direka bentuk sebagai subset ERC-20 akan membenarkan penggunaan token menjadi aset pemindahan nilai kelas pertama dalam pembangunan kontrak pintar.
Tidak seperti ERC-20, ERC-223 didapati lebih selamat susulan ia membenarkan pemindahan token kepada kontrak yang tidak menyokong penerimaan token secara jelas.
Piawaian baharu tersebut turut akan menggalakkan penerimaan secara meluas susulan fungsi baharu kini akan didayakan pada blockchain ETH dan memandangkan ERC-223 mengekalkan piawaiannya, maka token disambungkan ke dalam blockchain ETH daripada protokol lain turut dapat berfungsi.
Oleh demikian, bekalan ETH tidak akan terjejas melalui pelancaran piawaian baharu ini dan kebanyakan protokol alternatif itu berkembang pesat dengan ketidakupayaan Rangkaian ETH dalam beberapa bidang utama operasi blockchain.
Terdahulu, ETH beralih daripada Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS) melalui acara The Merge yang disiarkan secara langsung pada tahun depan.
Setakat penulisan ini, harga ETH mencanak sebanyak 0.35% pada paras $1,955 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $235 bilion seterusnya raih sekitar 4.66% sepanjang minggu lepas.