Pelabur Tak Senang Duduk, Tarikh Naik Taraf ETH Shanghai Telah Diumumkan!

353

“Agaknya ETH boleh naik ke lepas naik taraf ini ataupun hambar juga?”

Semasa mesyuarat All Core Developers Execution Layer (ACDE), pembangun utama Ethereum (ETH) Tim Beiko akhirnya menetapkan 12 April sebagai tarikh rasmi untuk naik taraf Shapella (Shanghai dan Capella) pada mainnet* yang paling ditunggu-tunggu.

*Istilah digunakan untuk menggambarkan blockchain yang berfungsi dan beroperasi sepenuhnya

Naik taraf Shanghai akan membenarkan validator mengalihkan ETH yang staking pada Beacon Chain ke lapisan pelaksanaan.

Sementara ia turut memperkenalkan fungsi baharu pada lapisan pelaksanaan (Shanghai) dan konsensus (Capella), di mana naik taraf Shapella akan membawa perubahan pada kedua-dua lapisan tersebut termasuk Engine API**.

**Menambah pelaksanaan alternatif primitif kriptografi, terutamanya untuk menyepadukan peranti kripto hardware

Selepas software pelanggan ETH didapati mempunyai masalah apabila naik taraf Shapella pada tesnet Goerli dilaksanakan, Beiko berkata kepada validator untuk menumpukan sepenuh perhatian pada kemas kini software pelanggan mereka.

Dalam pada itu, Lido Finance, platform staking liquidity umumkan bahawa pengeluaran Lido staking ETH (stETH) mungkin perlu ditangguhkan hingga Mei susulan masa banyak dihabiskan bagi menjalankan audit fasa kedua.

Ulas lagi daripada Lido, pengeluaran stETH tidak akan berlaku pada mainnet sehingga semua audit selesai.

Sehingga berita ini ditulis, harga ETH berjaya mendaki sebanyak 3.75% mencapai paras $1,712 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $209 bilion dan canak sekitar 19.84% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat