Pelabur Teliti Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia Yang Diterbitkan

314

Reserve Bank of Australia (RBA) pada sesi Asia pagi ini menerbitkan minit mesyuarat bagi mesyuarat polisi bank pusat pada awal Ogos 2019 dengan kenyataan-kenyataan utama berikut menjadi tumpuan para pelabur.

Nilai dagangan dolar Australia (AUD) masih gagal menyokong eksport negara dan juga sektor pelancongan. Ahli lembaga mesyuarat bakal mempertimbangkan lanjutan pelonggaran polisi monetari jika diperlukan.

Namun begitu, bank pusat perlu menilai perkembangan ekonomi domestik dan global sebelum membuat keputusan lanjutan pelonggaran polisi. Dan seperti sebelum ini juga, bank pusat menyatakan adalah munasabah untuk menjangkakan kadar faedah kekal di paras yang rendah untuk tempoh yang lebih panjang.

Ekonomi Australia diakui sedang berada dalam fasa penurunan, namun dipercayai akan kembali seimbang selepas ini. Ahli lembaga juga menyemak perkembangan negara-negara membangun yang menggunapakai dasar monetari yang tidak konvensional.

Beberapa tanda-tanda yang memberi tekanan terhadap inflasi menambahkan risiko ke atas komponen indeks harga pengguna. Pasaran buruh juga dilihat masih mempunyai ruang untuk menghadkan pertumbuhan pendapatan.

Bank pusat melihat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku kedua 2019 adalah lebih kukuh, sementara prospek penggunaan lebih seimbang pada waktu tertentu. Kadar penggunaan disokong oleh rebat cukai dan kestabilan pada pasaran perumahan di Australia.

Berhubung perang dagang AS-China yang mempengaruhi ekonomi Australia, pertumbuhan global dilihat masih kekal berisiko. Syarikat-syarikat global juga kebanyakkannya telah mengurangkan unjuran pelaburan pada masa hadapan. Pelonggaran polisi dijangka bakal meluas di seluruh dunia untuk mengimbangi penurunan pertumbuhan ekonomi global buat waktu terdekat.

Pasaran melihat jika RBA lebih bersifat hawkish dalam menyampaikan unjuran inflasi ekonomi, jangkaan terhadap kenaikan kadar akan meningkat dan hal ini akan memberi isyarat yang positif terhadap dagangan Aussie.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat