Pelabur Tepuk Dahi! Apa Hal GOLD Junam Pula Ni?

2,155
  • Emas hapuskan sebahagian besar untung
  • US dolar kembali bangkit
  • Data pekerjaan NFP AS jadi tumpuan

Harga emas kembali didagangkan lebih rendah pada Jumaat selepas menjunam di tengah-tengah pengukuhan semula US dolar menjelang terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan lemah pada sekitar harga $1,918 per auns, susut jauh dari puncak tertinggi 9 bulan baharu yang dicapainya pada Khamis pada $1,959 per auns. 

Raja US dolar kembali bangkit dari paras terendahnya yang dicatatkan susulan mesyuarat polisi FOMC yang menyaksikan Federal Reserve (Fed) beralih ke pendirian dovish.

Ini mendorong harga emas kembali merosot, memadamkan sebahagian besar keuntungan yang diraihnya sebelum ini.

Dalam pada itu, penganalisis melihat penurunan ini mungkin disebabkan oleh beberapa pengambilan untung oleh pelabur emas menjelang terbitan data pekerjaan AS pada hari ini.

Ekonomi AS dijangka akan menambah sebanyak 193,000 pekerjaan pada bulan Januari, turun dari 223,000 pekerjaan yang dicatatkan sebelumnya, manakala kadar pengangguran pula meningkat pada 3.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat