Pelabur Tesla Desak Elon Musk Pulangkan $13 Bilion Yang Dirompak

6,228

13 bilion? Hek eleh kejap je dia bayar.

Para pemegang saham Tesla Inc menggesa hakim mencari ahli lembaga syarikat yang dipaksa Elon Musk dalam perjanjian pada 2016 berkenaan SolarCity dan meminta jutawan tersebut membayar US$13 bilion.

Peguam pemegang saham Lee Rudy menggesa Naib Canselor, Joseph Slights dari Mahkamah Canselori Delaware untuk mengarahkan Musk mengembalikan saham Tesla yang berjumlah US$13 bilion pada harga semasa yang diterimanya.

Tuntutan oleh dana pencen kesatuan dan pengurusan aset telah mendakwa Musk mempengaruhi ahli lembaga Tesla untuk meluluskan perjanjian pemerolehan SolarCity yang kekurangan wang ketika itu dan di mana Musk merupakan pemegang saham utama.

Menurut kenyataan dari Randy Baron, seorang peguam kepada salah seorang pemegang saham, hal ini terjadi ekoran keraguan kes pemerolehan SolarCity adalah langkah penyelamatan atau suntikan modal (bailout) daripada kesusahan kewangan yang didalangi oleh Elon Musk.

Terdahulu, Musk telah memberi maklum balas dengan mengatakan perjanjian tersebut adalah sebahagian pelan induk yang telah lama dirancang bagi mewujudkan sebuah syarikat bersepadu yang akan mengubah penjanaan dan penggunaan tenaga dengan panel bumbung SolarCity dan kereta serta bateri Tesla.

Tambah Evan Chesler, salah seorang peguam yang mewakili Musk berkata perjanjian tersebut bukan bailout dan SolarCity ketika itu tidak menghampiri muflis dan kewangannya menyamai pertumbuhan syarikat-syarikat teknologi.

Dalam pada itu, saham Tesla turun 1% pada US$1,040 semasa sesi.

Sebagai rekod, Tesla telah memperolehi SolarCity ketika syarikat pembuat kereta eletrik itu melancarkan Model 3 dan pemegang saham mendakwa perjanjian tersebut adalah gangguan serta bebanan Tesla kepada masalah kewangan dan hutang SolarCity.

Para pemegang saham mendakwa bahawa walaupun hanya memiliki 22% daripada Tesla, Musk telah mengawal segala hubungannya dengan ahli lembaga pengarah dengan gaya mendominasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat