Pergerakan pasaran kewangan pada awal minggu masih bercampur-campur, namun penganalisis melihat ada potensi untuk US dolar mengukuh dalam tempoh terdekat.
Ini didorong oleh kenyataan ahli Federal Reserve (Fed) yang berpandangan kenaikan kadar faedah tambahan masih diperlukan untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran bank pusat.
Pun begitu, US dolar kekal dilihat bergerak suram semalam menuju ke penghujung sesi New York dengan jangkaan pergerakan pada hari ini (Selasa) juga akan bercampur sementara pelabur menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Khamis nanti.
Mata wang Euro terkesan oleh terbitan data pengeluaran perindustrian Jerman di sesi Eropah semalam menyaksikan angka yang merosot bagi bacaan bulan Jun.
Ini dilihat membantutkan Euro untuk memanfaatkan kelebihan ketika pergerakan US dolar yang masih tak menentu di awal minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-kuat-gold-lemah
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin semalam, harga telah menyusut turun tidak menyambung lonjakan pada penutup minggu lalu ketika reaksi laporan NFP diterbitkan.
Setelah mencecah sekitar 1.09700, harga kembali menunjukkan lonjakan semula hingga ke paras tumpuan 1.10000 dan mengakhiri dagangan sesi New York di sekitar tersebut.
Lonjakan iitu juga dilihat berlaku selepas harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun gagal tembus ke bawah.
Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga sedikit menurun dari paras 1.10000 dan sekali lagi menguji paras sokongan MA50.
Sekiranya harga kembali melantun dan melonjak tinggi di atas paras 1.1000 semula, kenaikan harga bakal diteruskan untuk meneruskan semula corak lonjakan minggu lalu.
Melepasi paras 1.10400 sebagai rintangan minggu lalu, harga akan menuju pula ke sasaran ketinggian 1.11400 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah, zon sokongan pada 1.09000 akan diuji lagi minggu ini dan akan diperhatikan sama ada harga masih akan dihalang dari jatuh lebih rendah atau tembus menjunam.
Penurunan yang diteruskan dilihat boleh mencecah hingga ke sekitar 1.08000 yang akan menjadi sasaran bagi catatan paras terendah terbaru buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG