Pelabur Yakin Pakej Rangsangan AS, Bursa Pulih Semula

491

Pasaran tempatan pulih selepas indeks utama susut 1.4% semalam, disokong oleh keyakinan baharu terhadap pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS).

Bernama melaporkan, pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.11 mata kepada 1,496.67 daripada 1,486.56 semasa ditutup sebelum ini.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 260 berbanding 120, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,522 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 584.91 juta unit bernilai RM164.06 juta.

Seorang penganalisis berkata saham Asia dijangka meningkat daripada keyakinan baharu ini berikutan ia akan membawa kepada pemulihan ekonomi yang lebih kukuh, selain kesan limpahan kepada negara-negara sedang pesat membangun di Asia.

“Bagaimanapun, keadaan tidak menentu kekal pada garis masa rangsangan, selain jumlah kes Covid-19 yang meningkat di peringkat global, yang akan mengehadkan peningkatan buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Malacca Securities, dalam nota ekuitinya hari ini berkata tekanan jualan dalam indeks saham wajaran tinggi terpilih menyebabkan bursa tempatan rendah semalam.

Kaunter saham wajaran tinggi meningkat semula dalam sesi awal apabila Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat enam sen kepada RM7.16 dan RM10.30, Petronas Chemicals menambah lapan sen kepada RM5.78, Sime Darby naik lima sen kepada RM2.44, dan Public Bank menokok lapan sen kepada RM15.66.

Bagi kaunter paling untung, F&N menambah 18 sen kepada RM32.18, Scientex naik 12 sen kepada RM11.08 dan Latitude Tree meningkat 11 sen kepada RM1.54.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 47.50 mata kepada 10,835.81 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 49.67 mata kepada 12,951.79.

FBM 70 meningkat 47.04 mata kepada 14,319.84, Indeks FBMT 100 naik 46.62 mata kepada 10,654.16 dan FBM ACE melonjak 48.04 mata kepada 10,550.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 60.28 mata kepada 12,363.42, Indeks Perladangan menambah 22.88 mata kepada 6,910.43, serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.66 mata kepada 138.64.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat