Pelaburan ETH Meletup 546,000%! Lelaki Ini Tukar $15,000 Jadi $82 Juta

1,453

“Kalau beli ETH masa ni memang untung la jawabnya.”

Sebagai pelabur awal mata wang kripto Ethereum (ETH), Co-Founder dan Pengerusi Eksekutif Reddit bernama Alexis Ohanian mendedahkan bahawa beliau telah membeli 50,000 aset digital itu semasa prajualan pada 2014, di mana kini simpanannya bernilai $82 juta.

Beliau juga merupakan suami kepada bintang tenis terkenal, Serena Williams.

Susulan aset digital tidak akan dirampas oleh institusi berpusat, usahawan dan pelabur berusia 39 tahun tersebut berkata sejarah tragis nenek moyangnya adalah antara sebab utama beliau menjadi penyokong besar industri kripto.

Hal ini kerana datuk dan neneknya dikatakan bukan sahaja telah dipenggal kepala oleh tentera Turki semasa pembunuhan beramai-ramai Armenia pada tahun 1915 malah permaidani pusaka keluarganya serta barang-barang peribadi yang lain dirampas.

Ohanian dilaporkan melabur sebanyak $15,000 dalam ETH , iaitu berharga $0.30 setiap token sejurus selepas mengetahui protokol blockchain yang digelar ETH akan dilancarkan.

Sehingga pada masa ini, pulangannya adalah 546,000% namun Ohanian berharap untuk membeli ETH lebih banyak lagi susulan kerap kali menyatakan bahawa beliau masih tidak melabur dalam aset digital tersebut secukupnya.

Selain Reddit, Ohanian turut menubuhkan sebuah syarikat modal teroka digelar Seven Seven Six yang berjaya mengumpulkan $500 juta pada awal 2022 dan $177 juta beberapa bulan kemudian untuk melabur dalam syarikat pemula (startup) kripto.

Ohanian juga adalah penyokong non-fungible token (NFT) dengan membeli koleksi Bored Ape Yacht Club (BAYC) pada musim panas lalu untuk dihadiahkan kepada isterinya, Serena Williams.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat