Pelaburan Pecah Rekod, Pantera Capital Sokong Kripto Ini!

554

“Fulamak bukan biasa-biasa, adakah lepas ni harga TON akan naik tinggi?”

Demi memanfaatkan potensi ekosistem blockchain yang makin meningkat, Pantera Capital mengumumkan pelaburan besar ke dalam rangkaian blockchain dibangunkan oleh Telegram dipanggil Open Network (TON).

Selain berfungsi sebagai pengesahan utama bagi platform blockchain dimulakan oleh Telegram, penglibatan Pantera dalam TON juga bertujuan menunjukkan komitmennya untuk memupuk ekosistem mengelilingi TON.

Suka dimaklumkan perkongsian antara Durov dan Pantera berpotensi mempercepatkan penggunaan teknologi blockchain TON seterusnya meningkatkan utiliti serta jangkauannya dalam ruang digital yang kian raih perhatian.

Terdahulu, Pantera Capital mengumpul $1 bilion untuk dana kripto terbaharunya dipanggil Pantera Fund V yang bertujuan menyediakan pelabur akses pada pelbagai jenis aset blockchain termasuk membenarkan pendedahan merentas pelbagai kelas aset.

Inisiatif tersebut mewakili peningkatan modal terbesar Pantera susulan daripada tempoh mencabar disebabkan musim kejatuhan kripto pada tahun 2022 yang menyebabkan banyak firma aset digital mengalami kebankrapan.

Susulan seluruh pasaran kripto melihat minat diperbaharui daripada penglibatan pemain kewangan seperti BlackRock yang melancarkan spot Bitcoin (BTC) ETF, ramai pihak akhirnya sudah berpandangan optimistik terhadap sektor aset digital.

Langkah terbaru Pantera untuk menyokong TON dengan pelaburan besar dijangka akan merangsang pertumbuhan dan pemulihan selanjutnya dalam pasaran kripto termasuk menarik lebih ramai pelabur serta mengukuhkan keyakinan terhadap daya dan potensi teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat