Pelaksanaan Projek 2024, 3 Kripto Ini Mungkin Digabungkan!

1,545

“Wow terbaiklah, adakah harga ketiga-tiga kripto akan naik disebabkan projek ini?”

Co-founder DcSpark dan Paima Studios Sebastian Guillemot yang merupakan seorang jurutera software serta ahli komuniti Cardano (ADA) berhasrat melaksanakan lebih banyak projek menggabungkan Arbitrum (ARB), Mina Protocol (MINA) termasuk ADA pada tahun 2024.

Sungguhpun komuniti sungguh bersemangat untuk perancangan mengenai projek itu, Guillemot mengakui infrastruktur semasa ADA mengehadkan keupayaannya bagi mengesahkan zero-knowledge proofs (ZKP) sehingga hardfork seterusnya.

Selepas memfokuskan pada platform berasaskan Ethereum (ETH), Paima Engine dibangunkan oleh Paima Studios yang mereka bentuk permainan blockchain kini hampir selesai disepadukan dengan ADA , di mana ia meningkatkan gaming decentralized untuk menyaingi Web2.

Memang siaran blog juga menyerlahkan untuk mengatasi batasan blockchain layer-1 semasa yang menguasai 80% kecairan pasaran kripto, tetapi malangnya gagal bagi menyokong gaming online berbilang pemain besar-besaran (MMO).

Selain meningkatkan kebolehskalaan, penyelesaian Guillemot yang memanfaatkan ZKP turut boleh menangani isu had penyimpanan data pada blockchain layer-1 bagi mencapai skalabiliti diperlukan untuk penggunaan meluas gaming decentralized.

Memandangkan komuniti menjangkakan realisasi konsep inovatif itu dalam MMO, ADA telah menyaksikan pertumbuhan ketara melebihi 120% pada tahun lepas tetapi masih di bawah paras rekodnya yang dicapai pada September 2021.

Suka dimaklumkan ARB dan MINA juga menunjukkan aktiviti ketara susulan harga ARB pada 24 Disember 2023 berjaya melihat kenaikan sehingga $1.46 manakala MINA pula mencapai $1.49 pada awal pagi tadi.

Hanya minggu lepas, Yayasan Mina yang bertanggungjawab terhadap protokol MINA telah mengalami perubahan ketara dalam kepimpinan di mana co-founder MINA Evan Shapiro melantik bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Kurt Hemecker sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat