Pelan Terkini Pembelian Bon Didedahkan! ECB Akhirnya Beri Kepastian

220

Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini mengambil keputusan untuk mengekalkan pendirian dasarnya tidak berubah, dan dalam masa yang sama teguh pada rancangan untuk mengurangkan pelan rangsangan kerana kebimbangan terhadap rekod inflasi yang melonjak tinggi. Ia juga bertujuan mengatasi kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi.

ECB telah mengurangkan kadar pencetakan wang selama berbulan-bulan namun hanya menggariskan jadual yang longgar untuk perkara tersebut. Konflik Rusia-Ukraine telah menjadi pertimbangan penting kerana ia telah mendorong inflasi terus meningkat.

Dalam mesyuarat sebentar tadi, ECB mengesahkan panduan awalnya dengan menyatakan bahawa ia merancang untuk mengurangkan pembelian bon dan kemudian menamatkannya pada suku ketiga. Kadar faedah, bagaimanapun, hanya akan dinaikkan selepas tamat pembelian bon dan ia akan beransur-ansur. Jumlah pembelian bon pada suku ketiga, akan ditentukan kemudian.

ECB dilihat jauh ketinggalan di belakang dibandingkan bank pusat utama yang lain, yang kebanyakannya mula menaikkan kadar tahun lepas. Sementara itu, Rizab Persekutuan A.S. dijangka menaikkan kadar sebanyak lapan kali atau lebih dalam tempoh dua tahun akan datang.

ECB telah membeli hampir 5 trilion euro hutang awam dan swasta sejak 2015 bagi mengawal inflasi. Namun inflasi tiba-tiba meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menyebabkan penggubal dasar dalam dilema ketika mereka cuba untuk menaik kadar faedah.

Akhir sekali, ECB mengekalkan panduan rasminya bahawa sebarang kenaikan kadar akan berlaku selepas beberapa seketika selepas tamat pembelian bon, garis masa yang dikatakan boleh membawa kepada beberapa bilangan minggu atau bulan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat