Pelancaran Bella Protokol Terus Raih Perhatian Syarikat Terkemuka?

124

Bella Protokol adalah platform yang mana menyediakan rangkaian produk DeFi yang dirancang untuk menjadikan perbankan kripto lebih ringkas dan mudah untuk diakses.

Pembangun projek Bella Protokol bertujuan untuk menyelesaikan masalah transaksi yang tinggi serta lambat dan seterusnya mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dalam menggunakan DeFi smart portal.

Protokol ini dilancarkan secara rasmi pada September 2020 sebagai projek pertama yang melalui platform Launchpool di Binance dan diasaskan oleh Felix Xu dan Yemu Xu yang kini telah mempunyai ibu pejabat di Beijing, China.

Pelancaran tersebut telah membuatkan Bella Protokol memperoleh pelaburan daripada beberapa syarikat terkemuka seperti Arrington XRP Modal dan Ledger Capital.

Berdasarkan kepada carta BEL/USDT, pergerakan harga BEL dapat dilihat sedikit melonjak melebihi 37% untuk kembali menuju ke zon SBR (support become resistance) sekitar $1.30-$1.40.

Namun reaksi lonjakan tersebut telah dicantas pada pembukaan pasaran Julai apabila harga BEL membuat penurunan sekitar 7% yang dijangkakan bakal kembali menguji paras sokongan $0.90.

Penurunan tersebut juga bakal dinilai semua oleh pelabur sama ada paras sokongan tersebut mampu menyokong semula lonjakan harga atau terus membuat penurunan.

Jika pergerakan harga BEL didorong untuk terus menyusut, harga dijangka akan menguji paras rintangan $0.60 dan bakal menjadi paras terendah sepanjang masa (ATL) bagi pergerakan pasaran 2021.

Sekiranya harga berjaya membuat lonjakan semula, zon SBR $1.30-$1.40 untuk diuji dan bakal memberikan petunjuk awal untuk harga kembali melonjak.

Zon SBR seterusnya sekitar $1.70-$1.80 bakal menjadi zon utama untuk diuji jika kenaikan harga berjaya diteruskan untuk kembali membuat trend bullish.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga BEL membuat penurunan sekitar 7% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $1.09.

Lihat gambar carta matawang kripto BEL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat