Pelanggan UK Terkesan, Binance Gantung Deposit & Pengeluaran!

234

“Binance kena lupakan UK sebab macam tak ada harapan je nak berkembang kat negara tu.”

Syarikat exchanger kripto Binance dilaporkan menggantung perkhidmatan deposit dan pengeluaran melalui pemindahan bank dan pembayaran kad untuk pelanggan United Kingdom (UK) selepas rakan kongsi perbankan tempatannya berhenti beri sokongan transaksi dalam pound British.

Rakan kongsinya Paysafe, iaitu sebuah syarikat pembayaran dalam talian berpangkalan di London yang akan hentikan salah satu produknya kepada pelanggan Binance di UK susulan tindakan agresif pengawal selia tempatan terhadap kripto.

Rentetan itu, Binance akan hentikan deposit dan pengeluaran dalam pound untuk pengguna baharu pada hari Isnin manakala semua pelanggan digantung transaksi pada 22 Mei.

Menerusi kenyataan seorang jurucakap dalam e-mel, pasukan Binance sedang berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian alternatif untuk para pengguna yang terjejas disebabkan perubahan tersebut.

Umum mengetahui Paysafe berhasrat untuk teruskan kerjasama dengan exchanger di Eropah dan Amerika Latin berbanding UK.

Walaupun ahli politik UK menerima kripto pada tahun lalu, HSBC Holdings Plc dan Natwest Group Plc yang menyekat pemindahan jumlah wang pelanggan ke exchanger aset digital telah menjadi punca pasaran di negara tersebut semakin teruk.

Hal ini kerana Binance sendiri bergelut untuk tubuhkan perkhidmatannya di UK apabila Pihak Berkuasa Tatatertib Kewangan keluarkan amaran terhadap syarikat tersebut atas kesalahan tidak mempunyai kebenaran untuk beroperasi di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat