Peluang GBP/USD Teruskan Kenaikan Setelah Melonjak 150 Pips Semalam?

473

Dagangan Pound mencatatkan peningkatan semalam ekoran tindakan optimis Perdana Menteri UK Boris Johnson yang telah membentangkan pelan Brexit terbaru beliau untuk dinilai oleh Kesatuan Eropah (EU) walaupun peluang untuk menggantikan pelan Brexit Theresa May sebelum ini agak tipis.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah Donald Tusk kepada PM Johnson, EU masih terbuka untuk rundingan Brexit namun tahap keyakinan masih rendah ekoran tawaran oleh PM Johnson tidak mendapat sokongan dari 27 negara yang perlu menandatangani persetujuan perjanjian pengunduran.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah membuat lonjakan 150 pips dari paras sekitar 1.22700 menguji paras ketinggian terbaru pada 1.24100 sebelum kembali menurun semula ke paras tumpuan sekitar 1.23400.

Lonjakan harga oleh Pound turut disokong oleh penyusutan nilai matawang dolar Amerika Syarikat berikutan kebimbangan pelabur menjelang laporan data NFP pada malam ini.

Selain itu juga, bacaan data PMI perkhidmatan tinjauan ISM yang diterbitkan semalam turut mencatatkan penurunan dan merekodkan bacaan terendah sejak Ogos 2016 yang lalu.

Pergerakan harga GBP/USD pada sesi Asia pagi ini perlahan dan menunjukkan sedikit kenaikan. Pasaran masih menantikan perkembangan Brexit yang terbaru di mana Kesatuan Eropah telah memaklumkan kepada PM Johnson bahawa beliau diberikan tempoh satu minggu sahaja untuk membentangkan tawaran yang lebih baik dan diterima.

Jika PM Johnson mampu mencipta kejutan menerusi pelan Brexit beliau dan hasilnya adalah positif, harga dilihat akan membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.24100 sebelum meneruskan kenaikan ke paras tumpuan seterusnya di paras 1.25000 atau lebih tinggi pada 1.25700.

Namun jika tekanan Brexit lebih hebat, Pound bakal mengalami penyusutan nilai dan pergerakan harga bakal mencecah ke paras terendah semasa sekitar support 1.22100.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat