Pelumba McLaren F1 Ini Dedah Penglibatan Dalam Dunia Kripto

173

Daniel Ricciardo, pemandu kereta lumba F1 McLaren dari Australia membincangkan penglibatan beliau dalam pasaran mata wang kripto semasa persidangan Token2049 di Singapore bersama OKX CMO Haider Rafique.

Beliau juga dikatakan telah muncul dalam iklan terbaru OKX dengan kereta lumba McLaren MCL36 F1 di sampingnya termasuk menyerlahkan status dunia mata wang kripto.

Jelas Ricciardio, rakan-rakannya adalah punca beliau mula rasa ingin tahu dengan lebih mendalam tentang dunia kripto.

Ekoran itu, beliau terlibat dengan wallet OKX dan meningkatkan ilmu pengetahuannya berkaitan pasaran kripto serta mengkaji kepelbagaian yang ditawarkan aset digital tersebut.

Ricciardio turut yakin bahawa beliau dapat menarik peminatnya ke dunia kripto disebabkan usaha OKX untuk berkolaborasi bersama McLaren pada perlumbaan Grand Prix Singapore dan Jepun.

Menurut Rafique, kerjasama industri kripto dan Formula 1 membolehkan inovasi antara sukan, ekosistem blockchain dan mata wang kripto untuk terus berkembang pesat.

Sebagai rekod, Formula 1 kembali ke litar jalanan Singapore buat kali pertama sejak 2019 dengan litar jalanan dicantumkan sehingga penutupan jalan penuh berkuat kuasa pada 29 September.

Formula 1 bukan sahaja akan terus membuat perjanjian bersama pemasaran dan pengiklanan firma terbesar dalam dunia kripto malah OKX, kripto exchanger dan platform dagangan akan menjadi rakan kongsi utama McLaren pada Mei 2022 dengan menandatangani perjanjian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat